Tuesday, 11 September 2018

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN

1.         KESEDIAAN BELAJAR


Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Kebiasaannya, kesediaan pelajar untuk belajar dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu warisan dan faktor persekitaran. Faktor inimenyebabkan terdapatnya kesediaan untuk sesorang itu belajar dalam kalangan pelajar. Kedua± dua faktor ini menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam proses mempelajari sesuatu perkara yang baru. Dalam hal yang berkaitan, faktor warisan dan persekitaran sentiasa salingmempengaruhi dalam menghasilkan kesan terhadap pembelajaran. Faktor warisan dan persekitaran turut menentukan kematangan dan pengalaman dan seterusnya akan mempengaruhikesediaan pembelajarannya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan olehfaktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak  pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersediauntuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan bolehdiertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematanganemosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakanfaktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

i.          Kematangan Fizikal
Setiap manusia normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikaldalam 5 peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi, perkembangan fizikal adalah cepat begitu juga pada peringkat remaja. Perubahan otot danketinggian serta saiz pelajar akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematanganfizikal pelajar. Proses pertumbuhan dalaman berlaku sebagai pengasas dan harus adauntuk pembelajaran yang efisien dan mungkin merupakan pra-syarat bagi sesetengah jenis pembelajaran. Pada peringkat dewasa, kematangan menjadi begitu bererti keranaseseorang itu boleh menggunakan apa-apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telahdiperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal.Pada peringkat tua, kekuatan tenaga beransur-ansur hilang. Orang tua pulakelihatan mudah penat, cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan selalu terganggu.Kematangan fizikal biasanya akan sempurna tercapai kira-kira pada umur 17 tahun dan18 tahun. Pada peringkat umur ini, seseorang individu itu sudah sampai di akhir  perkembangan fizikal, individu tetap boleh membesar sedikit lagi dan boleh bertambah berat badannya. Aktiviti pembelajaran kadang-kadang berkait rapat dengan perkembangan jasmani dan kebolehan kemahiran fizikal seseorang murid, perhatianterhadap corak kematangan fizikal murid-murid haruslah diambil kira oleh guru untuk menyediakan aktiviti yang sesuai dan selaras dengan kesediaan belajar mereka. Sebagaicontoh, murid tahun 1 tidak boleh memegang reket tenis dan bermain dengan baik. Halini kerana mereka belum mencapai tahap kematangan fizikal di mana otot-otot mereka belum mampu untuk menampung reket tenis yang berat itu. Guru pula tidak seharusnyamemaksa pelajar itu untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar itu tidak bersediamelakukannya. Biasanya corak pertumbuhan fizikal di antara individu berbeza. Guruharus mengetahui untuk menyesuaikan keadaan yang berbeza-beza ini. Misalannya, penggunaan alat bantu mengajar merupakan medium yang boleh digunakan dalamkaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. Guru sepatutnya bolehmembuat apa saja penyesuaian bersesuaian dengan kematangan fizikal pelajar. Tindakan berhati-hati daripada guru boleh memajukan lagi perkembangan potensi pelajar

ii.         Kematangan Intelek 
Kematangan intelek ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang pelajar meningkat. Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak bolehditerima kerana otak telah cukup bersedia untuk menerimanya. Walau bagaimanapun,kadar perkembangan bagi setiap pelajar tidak sama tetapi beberapa sifat umum dapatdiperhatikan dalam proses kematangan. Secara umumnya, kematangan mental berubahdaripada operasi mental yang mudah kepada operasi mental yang kompleks. Oleh yangdemikian, guru haruslah sentiasa menimbangkan tahap kematangan dan perbezaan mentalantara murid-murid. Semasa merancangkan program pembelajaran kematangan ini tidak mempunyai hadnya di mana semasa kanak-kanak membesar, perubahan berlaku padakeupayaan mental mereka. Kesediaan pembelajaran bukan bergantung pada kematanganintelek sahaja faktor-faktor lain seperti latar belakang pengalaman dan pencapaian masalalu juga mempengaruhi kesediaan pembelajaran. Maka, pelajar telah bersedia untuk menerimanya dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Setelah pembelajarandapat dilaksanakan, maka terhasillah kepuasan dalam pembelajaran.

iii.         Kematangan Emosi
Kematangan emosi merupakan darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan, kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pembelajaran. Sehubungan dengan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minatdan keinginan dapat membangkitkan emosi yang mendorong pembelajaran. Walau bagaimanapun, rangsangan yang sama tidak semestinya membangkitkan emosi yangsama dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sedar akan tahap emosimurid-murid sebelum merancangkan pengajarannya selaras dengan kesediaan belajar murid-murid. Guru hendaklah selalu mempelbagaikan pengajaran supaya keinginan dankepuasan dalam pembelajaran berterusan dan jika minat serta keinginan ini dihapuskan,emosi akan berkurangan dan mungkin akan lenyap sama sekali. Maka timbullah pelajar yang malas, pasif dan tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru. Kadangkala perasaan benci pada guru juga mungkin berlaku.

iv.        Kematangan Sosial
Kematangan sosial ialah kebolehan murid-murid berinteraksi sesama mereka atau guru-guru yang boleh mewujudkan keadaan yang mendorong pembelajaran. Dalam sesebuahdarjah, sikap dan tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza. Ada pelajar yang pendiam, periang, suka berkawan dan ada juga yang suka menyendiri. Oleh itu, bagi menghasilkankesediaan pembelajaran, guru yang mengurus bilik darjah haruslah memperkembangkankematangan sosial yang positif untuk mengalakkan pembelajaran, misalannya bagi pelajar yang pendiam diberikan kerja berkumpulan, pelajar pendiam digabungkan dengan pelajar periang, pelajar yang lemah digabungkan dengan pelajar yang pandai. Melaui caraini, pelajar-pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan baik di antara mereka dan bolehmenerbitkan suasana kesediaan belajar. Pergaulan di antara rakan sebaya adalah amat penting terutama dalam kalangan remaja. Sekiranya mereka gagal berinteraksi sesamamereka, kesediaan pembelajaran tidak boleh wujud kerana mereka tidak seronok belajar.Bagi pelajar yang pendiam dan pemalu, guru hendaklah sentiasa bersoal jawab supayadapat mengaktifkan murid-murid tersebut. Bagi pelajar yang aktif atau cergas, guruhendaklah mengajarnya bertolak-ansur dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain.

v.         Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan,tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolongkanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapatsesetengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, makasemua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa juga idea tentang urutan pembelajarandan pra-syarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asasdiperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebihkompleks. Sebagai contoh, pelajar tingkatan tiga yang hendak masuk aliran sains mestimemenuhi pra-syarat sains dan matematik sekurang-kurangnya C dan ke atas. Jika pelajar tersebut tidak memenuhi pra-syarat tersebut, pelajar tersebut akan mengalami kesusahanuntuk meneruskan pelajaran yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, guru haruslahmemberi perhatian terhadap hubungan antara kesediaan belajar dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid apabila konsep baru diperkenalkan ataumelaksanakan sesuatu program pembelajaran yang baru.Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak sangat bergantung kepada latar  belakang keluarga, kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Rakan sebaya bolehmempengaruhi murid-murid terutama di peringkat remaja supaya mengutamakankegiatan yang bukan berkaitan dengan tugas pembelajaran. Selain rakan sebaya, keluarga juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesediaan pembelajaran murid. Mengikutkajian yang dijalankan oleh Rosen (1958), keluarga daripada kelas menengah adalahkelas keluarga yang paling banyak membantu murid-murid dalam kesediaan pembelajaran. Kanak-kanak daripada keluarga kelas menengah, biasanya diasuh supayamenumpukan perhatian mereka kepada tugas pembelajaran. Mereka dibiasakan sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam persekolahansemenjak kecil lagi. Kesediaan belajar perlu dihubungkan dengan pengalaman asaskanak-kanak untuk mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri.Melaluicara ini, pelajar tersebut merasakan diri mereka berkeupayaan untuk belajar dan dapatmengatasi situasi pembelajaran baru dengan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsungdapat menimbulkan satu perkara baru yang seronok diterokai dan bukan satu tugas yangmenyusahkan. Dari segi aspek pengalaman, faktor- faktor ini terbahagi kepada 2 iaitu dari segi Intelligence Quotient (IQ) dan juga Emotional Quotient (EQ).

IQ (Intelligence Quotient) adalah kemampuan atau kecerdasan untuk memecahkan sebuah pertanyaan dan selalu dikaitkan dengan hal akademik seseorang.Bagi seseorang pelajar, kemampuan IQ sangatlah penting untuk menentukan tahapmereka sebagai pelajar dan merupakan aspek yang dinilai dalam proses pembelajaran disekolah. Dalam aspek ini, sebelum memasuki kelas pelajar sewajarnya mempunyaikemampuan IQ yang boleh menyokong pembelajarannya di dalam kelas. Sebagaicontohnya, seseorang pelajar itu boleh mempersiapkan diri mereka dengan membacaatau meneroka terlebih dahulu apa yang akan dipelajarnya di dalam kelas nanti. Hal ini seterusnya akan menyokong proses pembelajaran mereka dalam kelas kelak selainmenambahkan kefahaman serta penghayatan pelajar dalam sesuatu tajuk.Bagi EQ (Emotional Quotient) pula kecerdasan emosi merupakan kemampuanuntuk mengelola emosi atau perasaan. Goleman mengemukakan bahwa kecerdasan emosimerujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain,kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik padadiri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Bagi pelajar yang ingin berjayamereka haruslah peka dengan persekitaran dan perlu pandai untuk mengadaptasikan dirimereka dengan persekitaran sekeliling. Kesediaan pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aspek ini adalah dengan menangani dan juga mengawai emosi mereka untuk menyiapkan diri menerima suasana proses pembelajaran yang mungkin akan berlaku.Peka terhadap keadaan sekeliling dan juga saling membantu kawan yang lain sebelum proses pembelajaran bermula contohnya untuk menstabilkan emosi kawan yang sedangdilanda masalah.

TEORI PEMBELAJARAN DAN PROSES PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN DAN PROSES PEMBELAJARAN



6.     
KONSEP PEMBELAJARAN
Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat mngenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan brkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori smulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.

TEORI PEMBELAJARAN

1.         Teori Behavioris
Teori behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahwa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan dengan. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ujian ini bisa bersifat sebagai suatu usaha yang dapat merubah tingkah laku orang agar bisa lebih baik. Maka perubahan inilah yang di sebut pembelajaran. Secara umumnya memang teori behavioris menyatakan bahwa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahwa tingkah laku pelajar dapat diperhatikan dan diprediksi apakah mengarah ke hal positif atau negative.

2.         Teori Kognitif
Teori kognitif pula berpendapat bahwa pembelajaran ialah suatu proses pendalaman yang berlaku dalam akal pikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung dengan tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menjelaskan kajian kepada berbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan akal berdasarkan berbagai peringkat umur dan kecerdasan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran cerdik, urgensi penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala pernyataan di dalam ingatan.

3.         Teori Sosial
Teori sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori behavioris bersama dengan kognitif. Teori ini juga dikenal sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh teori sosial ini menyatakan bahwa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi,  bahwa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan  juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang menarik kepada kepahaman pelajar. Sehingga dalam pembelajaran perlu ada obyek belajar sehingga seorang guru dapat mempraktekkan materinya untuk lebih dipahami siswa dengan obyek tadi.

4.         Teori Humanisme
Teori humanis juga berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli teori ini, Carl Rogers menyatakan bahwa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeda dengan individu yang lain. Oleh karena itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.  Beliau juga menjelaskan bahwa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai aktualisasi diri. Maka, guru hendaknya menjaga psikologi pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap maksimal.

5.         Teori Piaget
Menurut Piaget (Dahar 1996; Hasan 1996; Surya 2003), setiap individu mengalami tingkat-tingkat perkembangan intelektual dalam pembelajaran. Tahap- tahap tersebut berdasarkan umur seorang anak. Tahap-tahap tersebut sebagai berikut:

1.         Tingkat Sensorimotor (0-2 tahun)
Anak mulai belajar dan mengendalikan lingkungannya melalui kemampuan panca indra dan gerakannya. Perilaku bayi pada tahap ini semata-mata berdasarkan pada stimulus yang diterimanya. Sekitar usia 8 bulan, bayi memiliki pengetahuan object permanence yaitu walaupun objek pada suatu saat tak terlihat di depan matanya, tak berarti objek itu tidak ada. Sebelum usia 8 bulan bayi pada umumnya beranggapan benda yang tak mereka lihat berarti tak ada. Pada tahap ini, bayi memiliki dunianya berdasarkan pengamatannya atas dasar gerakan/aktivitas yang dilakukan orang-orang di sekelilingnya. 

2.         Tahap Preoporational (2-7 tahun)
Pada tahap ini anak sudah mampu berpikir sebelum bertindak, meskipun kemampuan berpikirnya belum sampai pada tingkat kemampuan berpikir logis. Masa 2-7 tahun, kehidupan anak juga ditandai dengan sikap egosentris, di mana mereka berpikir subyektif dan tidak mampu melihat obyektifitas pandangan orang lain, sehingga mereka sukar menerima pandangan orang lain. Ciri lain dari anak yang perkembangan kognisinya ada pada tahap preporational adalah ketidakmampuannya membedakan bahwa 2 objek yang sama memiliki masa, jumlah atau volume yang tetap walau bentuknya berubah-ubah. Karena belum berpikir abstrak, maka anak-anak di usia ini lebih mudah belajar jika guru melibatkan penggunaan benda yang konkrit daripada menggunakan hanya kata-kata.

3.         Tahap Concrete (7-11 thn)
Pada umumnya, pada tahap ini anak-anak sudah memiliki kemampuan memahami konsep konservasi (concept of conservacy), yaitu meskipun suatu benda berubah bentuknya, namun masa, jumlah atau volumenya adalah tetap. Anak juga sudah mampu melakukan observasi, menilai dan mengevaluasi sehingga mereka tidak se-egosentris sebelumnya. Kemampuan berpikir anak pada tahap ini masih dalam bentuk konkrit, mereka belum mampu berpikir abstrak, sehingga mereka juga hanya mampu menyelesaikan soal-soal pelajaran yang bersifat konkrit. Aktifitas pembelajaran yang melibatkan siswa dalam pengalaman langsung sangat efektif dibandingkan penjelasan guru dalam bentuk verbal (kata-kata).

4.         Tahap Formal Operations (11 tahun ke atas)
Pada tahap ini, kemampuan siswa sudah berada pada tahap berpikir abstrak. Mereka mampu mengajukan hipotesa, menghitung konsekuensi yang mungkin terjadi serta menguji hipotesa yang mereka buat. Kalau dihadapkan pada suatu persoalan, siswa pada tahap perkembangan formal operational mampu memformulasikan semua kemungkinan dan menentukan kemungkinan yang mana yang paling mungkin terjadi berdasarkan kemampuan berpikir analistis dan logis.
Sehingga pada yang terakhir inilah merupakan kesempurnaan dari penerimaan pembelajaran yang baik dan mengembangkan potensi diri yang sempurna.

5.         Teori Vygotsky
Vygotsky adalah salah seorang tokoh konstrutivisme. Hal terpenting dari teorinya adalah pentingnya interaksi antara aspek internal dan eksternal pembelajaran dengan menekankan aspek ling-kungan sosial pembelajaran. Vygotsky yakin bahwa pembelajaran terjadi ketika siswa bekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari, namun tugas-tugas itu masih berada dalam jangkauan kemampuannya atau tugas-tugas itu berada dalam zona perkembangan proksimal (zone of proximal development).
Sumbangan teori Vigotsky adalah penekanan pada bakat sosio budaya dalam pembelajaran. Menurutnya, pembelajaran terjadi ketika siswa bekerja dalam zona perkembangan proksima (zone of proximal development). Zona perkembangan proksima adalah tingkat perkembangan sedikit di atas tingkat perkembangan seseorang pada ketika pembelajaran berlaku.
Astuty (2000) secara terperinci, mengemukakan bahwa yang dimaksudkan dengan “zona per-kembangan proksima” adalah jarak antara tingkat per-kembangan sesungguhnya dengan tingkat perkembangan potensial. Tingkat perkembangan sesungguhnya adalah kemampuan pemecahan masalah secara mandiri sedangkan tingkat per-kembangan potensial adalah kemampuan pemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa melalui kerja sama dengan rakan sebaya yang lebih mampu. Oleh yang  demkian, maka tingkat perkembangan potensial dapat disalurkan melalui model pembelajaran koperatif. Ide penting lain juga diturunkan Vygotsky ialah konsep pemenaraan (scaffolding) (Nur 2000), yaitu memberikan sejumlah bantuan kepada siswa pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian menguranginya dan memberi kesempatan kepada siswa untuk mengambil alih tanggung jawab sekadar yang  mereka mampu. Bantuan tersebut berupa petunjuk, peringatan, dorongan, menguraikan masalah pada langkah-langkah pemecahan, memberi contoh ataupun hal-hal lain yang memungkinkan siswa tumbuh sendiri.

6.         Teori Ausubel
David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan. Menurut Ausubel (Dahar 1996) bahan subyek yang dipelajari siswa haruslah “bermakna” (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam  struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah disiswai dan diingat siswa. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran.
Menurut Ausubel, pemecahan masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat bagi siswa dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. Kekuatan dan makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. Untuk melancarkan proses tersebut maka diperlukan bimbingan secara langsung daripada guru, sama ada secara lisan maupun dengan tingkah laku, manakala siswa diberi kebebasan untuk membangun pengetahuannya sendiri.
Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis belajar, yaitu belajar bermakna (meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Belajar akan bermakna bila siswa mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep konsep dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh siswa.
Lebih lanjut Ausubel (dalam Kartadinata, 2001) mengemukakan, seseorang belajar dengan mengasosiasikan fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah dipelajari. Hal ini menjadikan pembelajaran akuntansi tidak hanya sebagai konsep-konsep yang perlu dihapal dan diingat hanya pada saat siswa mendapat materi itu saja tetapi juga bagaimana siswa mampu menghubungkan pengetahuan yang baru didapat kemudian dengan konsep yang sudah dimilikinya sehingga terbentuklah kebermaknaan logis.

7.         Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme lahir dari idea Piaget dan Vygotsky. Konstruktivisme adalah satu faham bahwa siswa membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam Proses ini, siswa akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mengikut Briner (1999), pembelajaran secara konstruktivisme berlaku di mana siswa membina pengetahuan dengan menguji ide dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengimplikasikannya pada satu situasi baru dan mengintegerasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Manakala mengikut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan peneliti berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Brooks dan Books (1993) pula menyatakan konstruktivisme berlaku apabila siswa membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru pada apa yang mereka telah faham sebelum ini. Mereka akan membentuk peraturan melalui cerminan tentang  tindak balas mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, ide atau perkaitan yang tak bermakna pada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang telah dibentuk atau disesuaikan dengan peraturan agar dapat menerangkan informasi baru. Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan pada siswa lebih daripada guru. Ini karena siswalah yang bertindak balas dengan bahan dan peristiwa   dan memperoleh kepahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justru, siswa membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah (Sushkin 1999). Pada teori menekankan pada siswa untuk mencari cara sendiri untuk setiap penyelesaian masalah. Sehingga dapat ditemukan cara yang sesuai dengan dirinya.

Sunday, 2 September 2018

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5
Tarikh/ Hari               

Masa                          
12.40 tengahari– 1.40 petang
Tahun/Kelas             
5 Bestari
Bilangan Murid        
    /
Topik/Tajuk  
5.0 Teknologi Pertanian
Standard Kandungan                      
5.1 Menanam benih di dalam bekas
Standard Pembelajara
                          
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.4 Mengenalpasti medium semaian seperti medium campuran, peat moss dan coco peat.

Standard Prestasi    
TP2- Menerangkan nama dan fungsi dua alatan
TP3- Mengenalpasti medium semaian
-Menyediakan medium dalam bekas semaian dan penanaman yang sesuai
-Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur
Hasil Pembelajaran                          
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.    Menyatakan nama alatan menanam
2.    Menyatakan 2 daripada 4  fungsi alatan  menanam
3.    Membezakan jenis-jenis medium semaian
Pengetahuan sedia ada murid      
1.    Murid pernah melihat alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram

Bahan Bantu Mengajar
·         Puzzle
·         Sampul misteri
·         Lembaran kerja
·         Flash card
·         Gambar alatan tangan
·         Kad manila
·         Marker
·         Kertas mahjong
Elemen merentas kokurikulum(EMK)  
EK 2- Boleh mendapat maklumat daripada sumber
-       Komunikasi dan kolaborasi

Nilai-nilai Murni        
1.    Kerjasama
2.     Yakin
3.    Berdaya saing
I-Think                       
Tiada
Pembelajaran abad ke-21              
-       Berpusatkan murid
-       Pembelajaran aktif
-       Aktiviti kumpulan
-       kolaborasi
KBAT                        
-       Nyatakan nama alatan
-       Terangkan fungsi alatan
-       Tunjukkan cara menggunkan alatan













                                                             
Langkah/
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti P&P/ Standard Pembelajaran
Catatan/ Tahap Penguasaan
Set Induksi
( 5 minit )
Pengenalan dan menarik minat murid dengan kaedah bermain “running dictation”
1.    Guru memberi arahan tentang aktiviti kepada setiap kumpulan perlu mencari sampul misteri di sekitar kelas.
2.    Runner yang mendapat sampul perlu memberitahu kepada ahli kumpulan isi yang terkandung.
3.    Guru menanyakan soalan kepada murid.
-       Apakah yang kamu dapat?
-       Apa yang nak dilakukan dengan bahan tersebut?
-       Apa yang tukang kebun gunakan untuk menanam?
4.    Guru mengaitkan jawapan murid  kepada tajuk pembelajaran pada hari ini.


Strategi: Berpusatkan guru dan murid .
Kaedah:  bersoal jawab, pembelajaran aktif.
BBM:
Gambar alatan

Kemahiran berfikir:
Membuat inferens

Pengetahuan sedia ada.

Nilai:
berani mencuba, yakin, bekerjasama.

Langkah 1
( 15 minit )
Proses Penerangan  

Puzzle gambar alatan
- Sudip tangan
- Serampang tangan
- Penyiram
- Pungkis

Nama alatan
·         Sudip tangan
·         Serampang tangan
·         Penyiram
·         Pungkis

Soalan:
1.    Gambar apakah yang kamu dapat?
2.    Apakah kegunakan alat ini?
3.    Siapa pernah menggunakannya?

1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru meminta wakil setiap kumpulan datang kehadapan dan mengambil satu sampul surat yang berisi puzzle.
3.    Guru meminta setiap kumpulan untuk menyelesaikan puzzle yang ada di dalam sampul surat dan menampalnya di atas kad manila dalam masa yang telah ditetapkan.
4.    Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan dan memberi jawapan kepada nama alatan menanam tersebut.
5.    Murid perlu memilih fungsi alatan dipapan putih yang telah ditampal oleh guru.
6.    Guru membincangkan jawapan murid bersama-sama mengenai nama dan fungsi alatan.
7.    Guru memperbetulkan jawapan murid sekiranya salah.

Strategi:  berpusatkan guru, berpusatkan murid
Berpusatkan bahan

Kaedah:
Penerangan
KBAR/KBAT: Memahami
BBM:
Sampul surat
Puzzle gambar alatan
Papan putih
Flash card

Nilai:
Kerjasama
Berdaya saing
Mematuhi arahan

Langkah 2
( 10 minit )
Proses mengingat
Nama alatan
Fungsi alatan
Cara penggunaan

Permainan teka teki /simulasi
·         Saya sentiasa bertemu dengan cacing, kerja saya menggali. Aakah saya?
-sudip tangan

·         Saya seorang yang gagah, boleh membersih dan mengangkat pasir. Cuba teka apakah saya?
-pungkis

1.    Wakil setiap kumpulan perlu berdiri dihadapan kelas.
2.    Mereka diberi pilihan untuk  memilih samaada lakonan atau teka teki.
3.    Murid mendapat gambar yang ditunjukkan oleh guru perlu melakonkan cara penggunaan alatan tersebut tanpa suara.
4.    Murid perlu meneka nama dan fungsi alatan tersebut
5.    Murid yang hendak menjawab perlu mengangkat kad berwarna hijau.
6.    Bagi mendapat teka teki, murid perlu membaca teka teki yang telah disediakan.
7.    Murid dinilai berdasarkan jawapan yang betul.
Kaedah;
soal jawab, lakonan /demonstrasi
KBAT: memahami, mengingat
Nilai:
berdaya saing
Langkah 3
(15 mint)i
Mengenalpasti medium semaian
Tanah campuran
Peat moss
Coco peat
1.    Guru memberi penerangan mengenai medium semaian.
2.    Setiap kumpulsn diberikan gambar dan kertas mahjong.
3.    Murid perlu mengenalpasti medium semaian dan menyenaraikan bahan yang terdapat dalam medium semaian di atas kertas mahjong.
4.    Murid membentangkan hasil kerja kumpulan
5.    Guru menilai hasil kerja murid dan murid dibetulkan sekiranya salah.
BBM: gambar medium semaian. Ketas mahjong, marker
Startegi: berpusatkan guru- murid.
Langkah 4
( 10 minit )
Pengukuhan :  silent kuiz
1)    Murid beratur dalam satu barisan.
2)    Murid perlu menjawab soalan yang diajukan oleh guru berkaitan topik pembelajaran.
3)    Murid yang tidak dapat menjawab dengan betul perlu beratur semula di belakang barisan.
4)    Kaedah ini berulang sehingga murid dapat menjawab dengan betul.
5)    Murid yang dapat menjawab dengan betul diberikan ganjaran.
Strategi :
Berpusatkan murid
Kaedah :
Menjawab soalan
KBAT
Kemahiran berfikir, mengingat
Nilai :
Daya saing
Penutup
( 5 minit )
Rumusan Aktiviti
1)  Murid-murid, apakah yang kita belajar pada harini?
2)  Apakah alatan yang kita gunakan untuk menanam?
3)  Apakah fungsi alatan tersebut?
4)  Nyatakan 3 medium semaian.
1)    Murid disoal guru mengenai topik pdpc pada harini.
2)  Guru membuat rumusan mengenai topik pada harini
3)  Guru memberikan  lembaran kerja kepada murid


Strategi: Berpusatkan guru - murid
Kaedah: Perbincangan
KBAR/KBAT: Mengingat
Nilai: Tekun





disini saya kongsikan rancangan pengajaran harian. sekiranya ada penambahbaikkan mohon perbetulkan saya juga.. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN 1.          KESEDIAAN BELAJAR Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajad...