FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN
1. KESEDIAAN BELAJAR
Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Kebiasaannya, kesediaan pelajar untuk belajar dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu warisan dan faktor persekitaran. Faktor inimenyebabkan terdapatnya kesediaan untuk sesorang itu belajar dalam kalangan pelajar. Kedua± dua faktor ini menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam proses mempelajari sesuatu perkara yang baru. Dalam hal yang berkaitan, faktor warisan dan persekitaran sentiasa salingmempengaruhi dalam menghasilkan kesan terhadap pembelajaran. Faktor warisan dan persekitaran turut menentukan kematangan dan pengalaman dan seterusnya akan mempengaruhikesediaan pembelajarannya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan olehfaktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersediauntuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan bolehdiertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematanganemosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakanfaktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.
i. Kematangan Fizikal
Setiap manusia normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikaldalam 5 peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pada peringkat bayi, perkembangan fizikal adalah cepat begitu juga pada peringkat remaja. Perubahan otot danketinggian serta saiz pelajar akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematanganfizikal pelajar. Proses pertumbuhan dalaman berlaku sebagai pengasas dan harus adauntuk pembelajaran yang efisien dan mungkin merupakan pra-syarat bagi sesetengah jenis pembelajaran. Pada peringkat dewasa, kematangan menjadi begitu bererti keranaseseorang itu boleh menggunakan apa-apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telahdiperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal.Pada peringkat tua, kekuatan tenaga beransur-ansur hilang. Orang tua pulakelihatan mudah penat, cepat letih, kurang tenaga dan kesihatan selalu terganggu.Kematangan fizikal biasanya akan sempurna tercapai kira-kira pada umur 17 tahun dan18 tahun. Pada peringkat umur ini, seseorang individu itu sudah sampai di akhir perkembangan fizikal, individu tetap boleh membesar sedikit lagi dan boleh bertambah berat badannya. Aktiviti pembelajaran kadang-kadang berkait rapat dengan perkembangan jasmani dan kebolehan kemahiran fizikal seseorang murid, perhatianterhadap corak kematangan fizikal murid-murid haruslah diambil kira oleh guru untuk menyediakan aktiviti yang sesuai dan selaras dengan kesediaan belajar mereka. Sebagaicontoh, murid tahun 1 tidak boleh memegang reket tenis dan bermain dengan baik. Halini kerana mereka belum mencapai tahap kematangan fizikal di mana otot-otot mereka belum mampu untuk menampung reket tenis yang berat itu. Guru pula tidak seharusnyamemaksa pelajar itu untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar itu tidak bersediamelakukannya. Biasanya corak pertumbuhan fizikal di antara individu berbeza. Guruharus mengetahui untuk menyesuaikan keadaan yang berbeza-beza ini. Misalannya, penggunaan alat bantu mengajar merupakan medium yang boleh digunakan dalamkaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. Guru sepatutnya bolehmembuat apa saja penyesuaian bersesuaian dengan kematangan fizikal pelajar. Tindakan berhati-hati daripada guru boleh memajukan lagi perkembangan potensi pelajar
ii. Kematangan Intelek
Kematangan intelek ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang pelajar meningkat. Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak bolehditerima kerana otak telah cukup bersedia untuk menerimanya. Walau bagaimanapun,kadar perkembangan bagi setiap pelajar tidak sama tetapi beberapa sifat umum dapatdiperhatikan dalam proses kematangan. Secara umumnya, kematangan mental berubahdaripada operasi mental yang mudah kepada operasi mental yang kompleks. Oleh yangdemikian, guru haruslah sentiasa menimbangkan tahap kematangan dan perbezaan mentalantara murid-murid. Semasa merancangkan program pembelajaran kematangan ini tidak mempunyai hadnya di mana semasa kanak-kanak membesar, perubahan berlaku padakeupayaan mental mereka. Kesediaan pembelajaran bukan bergantung pada kematanganintelek sahaja faktor-faktor lain seperti latar belakang pengalaman dan pencapaian masalalu juga mempengaruhi kesediaan pembelajaran. Maka, pelajar telah bersedia untuk menerimanya dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Setelah pembelajarandapat dilaksanakan, maka terhasillah kepuasan dalam pembelajaran.
iii. Kematangan Emosi
Kematangan emosi merupakan darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan, kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pembelajaran. Sehubungan dengan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minatdan keinginan dapat membangkitkan emosi yang mendorong pembelajaran. Walau bagaimanapun, rangsangan yang sama tidak semestinya membangkitkan emosi yangsama dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sedar akan tahap emosimurid-murid sebelum merancangkan pengajarannya selaras dengan kesediaan belajar murid-murid. Guru hendaklah selalu mempelbagaikan pengajaran supaya keinginan dankepuasan dalam pembelajaran berterusan dan jika minat serta keinginan ini dihapuskan,emosi akan berkurangan dan mungkin akan lenyap sama sekali. Maka timbullah pelajar yang malas, pasif dan tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru. Kadangkala perasaan benci pada guru juga mungkin berlaku.
iv. Kematangan Sosial
Kematangan sosial ialah kebolehan murid-murid berinteraksi sesama mereka atau guru-guru yang boleh mewujudkan keadaan yang mendorong pembelajaran. Dalam sesebuahdarjah, sikap dan tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza. Ada pelajar yang pendiam, periang, suka berkawan dan ada juga yang suka menyendiri. Oleh itu, bagi menghasilkankesediaan pembelajaran, guru yang mengurus bilik darjah haruslah memperkembangkankematangan sosial yang positif untuk mengalakkan pembelajaran, misalannya bagi pelajar yang pendiam diberikan kerja berkumpulan, pelajar pendiam digabungkan dengan pelajar periang, pelajar yang lemah digabungkan dengan pelajar yang pandai. Melaui caraini, pelajar-pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan baik di antara mereka dan bolehmenerbitkan suasana kesediaan belajar. Pergaulan di antara rakan sebaya adalah amat penting terutama dalam kalangan remaja. Sekiranya mereka gagal berinteraksi sesamamereka, kesediaan pembelajaran tidak boleh wujud kerana mereka tidak seronok belajar.Bagi pelajar yang pendiam dan pemalu, guru hendaklah sentiasa bersoal jawab supayadapat mengaktifkan murid-murid tersebut. Bagi pelajar yang aktif atau cergas, guruhendaklah mengajarnya bertolak-ansur dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain.
v. Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan,tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolongkanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Terdapatsesetengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, makasemua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa juga idea tentang urutan pembelajarandan pra-syarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asasdiperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebihkompleks. Sebagai contoh, pelajar tingkatan tiga yang hendak masuk aliran sains mestimemenuhi pra-syarat sains dan matematik sekurang-kurangnya C dan ke atas. Jika pelajar tersebut tidak memenuhi pra-syarat tersebut, pelajar tersebut akan mengalami kesusahanuntuk meneruskan pelajaran yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, guru haruslahmemberi perhatian terhadap hubungan antara kesediaan belajar dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid apabila konsep baru diperkenalkan ataumelaksanakan sesuatu program pembelajaran yang baru.Selain daripada itu, pengalaman kanak-kanak sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya. Rakan sebaya bolehmempengaruhi murid-murid terutama di peringkat remaja supaya mengutamakankegiatan yang bukan berkaitan dengan tugas pembelajaran. Selain rakan sebaya, keluarga juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesediaan pembelajaran murid. Mengikutkajian yang dijalankan oleh Rosen (1958), keluarga daripada kelas menengah adalahkelas keluarga yang paling banyak membantu murid-murid dalam kesediaan pembelajaran. Kanak-kanak daripada keluarga kelas menengah, biasanya diasuh supayamenumpukan perhatian mereka kepada tugas pembelajaran. Mereka dibiasakan sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam persekolahansemenjak kecil lagi. Kesediaan belajar perlu dihubungkan dengan pengalaman asaskanak-kanak untuk mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri.Melaluicara ini, pelajar tersebut merasakan diri mereka berkeupayaan untuk belajar dan dapatmengatasi situasi pembelajaran baru dengan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsungdapat menimbulkan satu perkara baru yang seronok diterokai dan bukan satu tugas yangmenyusahkan. Dari segi aspek pengalaman, faktor- faktor ini terbahagi kepada 2 iaitu dari segi Intelligence Quotient (IQ) dan juga Emotional Quotient (EQ).
IQ (Intelligence Quotient) adalah kemampuan atau kecerdasan untuk memecahkan sebuah pertanyaan dan selalu dikaitkan dengan hal akademik seseorang.Bagi seseorang pelajar, kemampuan IQ sangatlah penting untuk menentukan tahapmereka sebagai pelajar dan merupakan aspek yang dinilai dalam proses pembelajaran disekolah. Dalam aspek ini, sebelum memasuki kelas pelajar sewajarnya mempunyaikemampuan IQ yang boleh menyokong pembelajarannya di dalam kelas. Sebagaicontohnya, seseorang pelajar itu boleh mempersiapkan diri mereka dengan membacaatau meneroka terlebih dahulu apa yang akan dipelajarnya di dalam kelas nanti. Hal ini seterusnya akan menyokong proses pembelajaran mereka dalam kelas kelak selainmenambahkan kefahaman serta penghayatan pelajar dalam sesuatu tajuk.Bagi EQ (Emotional Quotient) pula kecerdasan emosi merupakan kemampuanuntuk mengelola emosi atau perasaan. Goleman mengemukakan bahwa kecerdasan emosimerujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain,kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik padadiri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Bagi pelajar yang ingin berjayamereka haruslah peka dengan persekitaran dan perlu pandai untuk mengadaptasikan dirimereka dengan persekitaran sekeliling. Kesediaan pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aspek ini adalah dengan menangani dan juga mengawai emosi mereka untuk menyiapkan diri menerima suasana proses pembelajaran yang mungkin akan berlaku.Peka terhadap keadaan sekeliling dan juga saling membantu kawan yang lain sebelum proses pembelajaran bermula contohnya untuk menstabilkan emosi kawan yang sedangdilanda masalah.