Tuesday, 8 September 2015

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV) DALAM PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA
Oleh Aede Hatib Bin Musta'amal
Jan 1999
Pengenalan
Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada tahun
2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu daripada kertas kerjanya
yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan
dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan
tersebut secara tidak langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan
perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan sumber
manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik
dan vokasional. Ini adalah selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995) iaitu
"Pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Di mana-mana negara yang sedang pesat membangun keperluan tenaga profesional dan
separa profesional amat diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara.
Mereka adalah teras pembangunan."
Pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri Malaysia adalah bergantung kepada
keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi dan daya saingan di
arena antarabangsa. Daya saingan dan produktiviti industri pula bergantung pula kepada
adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan dan bermotivasi tinggi. Rakyat adalah
sumber utama kita. Tanpa ragu-ragu pada tahun-tahun 1990an dan seterusnya, Malaysia
mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pembangunan sumber yang amat
penting ini (Mahathir, 1991). Strategi pembangunan ini menegaskan penyesuaian sistem
pendidikan untuk menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan. Penegasan ini adalah jelas
dinyatakan dalam pernyataan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua sebagaimana
berikut:
"Perhatian yang lebih akan diberi dalam mempastikan sistem pendidikan selaras dengan
perubahan permintaan dan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem
pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan dilaksanakan
untuk mempastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan industri." (RRJP2,
1991).
Kertas ini akan cuba membincangkan sejarah perkembangan sistem pendidikan teknik dan
vokasional sehinggalah ke hari ini, peranannya dalam membangunkan sumber manusia,
sistem pendidikan teknik dan vokasional semasa, cabaran-cabaran yang dihadapi dan juga
cadangan-cadangan bagi memperbaikinya. Hasil daripada penulisan ini diharap dapat melihat
sejauhmana peranan sistem pendidikan teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber
manusia bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara.
Sejarah Perkembangan Sistem PTV Di Malaysia
Detik awal kewujudan pendidikan awam bercorak vokasional di Malaysia ialah dengan
penubuhannya Trade School (Sekolah Perdagangan) bagi tujuan pendidikan pertukangan pada
tahun 1926 di Kuala Lumpur. Selepas Trade School ini mendapat sambutan yang baik,
sekolah di kembangkan ke Ipoh pada 1930, Johor Bharu pada 1931 dan Pulau Pinang pada
1932 ( Zakaria,1988). Sekolah ini pada asasnya mengajarkan asas pertukangan, baikpulih

No comments:

Post a Comment

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN 1.          KESEDIAAN BELAJAR Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajad...